Saturday 12 January 2013

26week 1day

Hari ni baby boy in mommy tummy dah 26week 1day...tinggal 14week lagi nak due. tak sabar rasanya tunggu baby lahir..mesti handsome macam daddy kan..hope my baby boy sentiasa sihat..mommy daddy love you! now baby dah semakin kerap gerak..tendang2 tummy mommy..daddy tengok main bola, baby pun main bola kat dalam..Barang baby tinggal sikit lagi yang belum beli:
1. Pampers newborn
2. Baby bandage
3. Nasal aspirator
4. Diaper bag
5. Bath tub
6. Bath towel
7. Napkin (rasanya perlu juga)
8. Sterilizer

Tuesday 20 November 2012

Migraine

Semalam g check up kat hospital swasta...nak g hospital gov lama sangat tunggu giliran sbb ramai orang. dah 3hari sakit kepala xhilang lagi..xdpt nak tahan dah. time check up doc kata sakit kepala biasa (alahan semasa pregnant), sebelum ni ada sakit kepala tapi kejap je pastu hilang...tapi kali ni sakit sangat sampai xdpt nak tahan rasa nak nangis dah. pastu aku bgi tau doc dulu masa study sya ada migraine...then baru lah doc tu faham...kalau sebelum pregnant pernah mengidapi migraine, masa pregnant kesakitan tu 2kali ganda. doc ckp buat masa ni sy xboleh mengambil sebarang ubat takut ada kesan sampingan kat baby..so dia bagi paracetamol yang selamat untuk kandungan. tapi kalau migraine sy berlarutan doc sarankan pergi hospital gov.

Monday 12 November 2012

Jumpa Doc..check baby

Semalam pergi jumpa doc check baby. punya lah lama tunggu giliran,nasib lah hubby ada temankan..klau x boring lah tunggu sorang2. masa doc scan baby tengah aktif gerak.bunyi degupan jantung baby laju je..doc ckp baby sihat..senang hati mommy.bila mommy cerita daddy pun senyum.x sabar rasanya tunggu masa baby keluar.

Monday 22 October 2012

BPA free ? Apa Itu BPA / Bisfenol A


Apa itu Bisfenol A (Bisphenol A) — BPA . Ketahui apa itu apa itu Bisfenol A (BPA), bahayanya terhadap keluarga anda (bayi terutamanya) dan cara mengelakkan atau mengurangkan pendedahan terhadap BPA.
Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.
Kesan botol susu bpa terhadap kesihatan dalam jangka masa panjang
BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.
Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.
Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.
Faktor Pengaruhi Larut Resap BPA ke dalam Makanan
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya, kepanasan (api dan matahari), calar dan pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci).
Pengkaji dari University of Cincinnati melaporkan, pendedahan terhadap air menggelegak menyebabkan botol polikarbonat melepaskan bisfenol A (BPA) sehingga 55 kali ganda lebih cepat berbanding ia terdedah kepada air sejuk atau air suam (air kosong).
Tip Mengelakkan BPA
Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini, tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut :
  1. Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.
  2. Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca.
  3. Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.
  4. Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).
  5. Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri.
  6. Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya.

Tip Elak BPA ke Botol Susu Polikarbonat

  1. Gunakan botol susu daripada gelas atau plastik yang bebas BPA. Elakkan polikarbonat. Sebaliknya pilih polietilena, polipropilena atau poliamida.
  2. Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.
  3. Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span, bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi.
  4. Gunakan sabun yang sesuai untuk mencuci botol bayi.